Unifi VS Maxis Fibre VS Time VS City Broadband

Mari kita buat perbandingan perkhidmatan internet fiber untuk Home/Personal antara 4 ISP (Internet Service Provider) yang terkemuka di Malaysia dari segi coverage, speed dan harga.


Unifi
Maxis
Time

City Broadband

COVERAGE
Unifi
Semakin meluas tapi belum cukup meluas sebab masih banyak tempat yang tak dapat langgan Unifi.

Maxis Fibre
Tempat yang boleh dapat perkhidmatan internet fiber Unifi boleh dapat Maxis Fibre jugak. Maxis Fibre sendiri ada kawasan-kawasan tertentu yang tidak bergantung pada fiber cable dari Unifi.

Time
Lebih fokus pada bangunan-bangunan tinggi seperti apartment, condominium dan yang seumpamanya.

City Broadband
Coverage paling kecil buat masa ini iaitu di Cyberjaya tetapi semakin berkembang mengikut permintaan pengguna internet di Malaysia.


SPEED

ISP

Lowest Speed

Highest Speed

Unifi

Download : 30Mbps

Upload :

10Mbps

Download : 800Mbps

Upload :

200Mbps

Maxis

Download : 30Mbps

Upload :

30Mbps

Download : 800Mbps

Upload :

200Mbps

TIME

Download : 100Mbps

Upload : 100Mbps

Download :

1Gbps

Upload :

500Mbps

City Broadband

Download : 50Mbps

Upload :

50Mbps

Download :

1Gbps

Upload :

1Gbps



PRICE (per month)
Unifi
Pakej Termurah
30 Mbps RM89

Pakej Termahal
300 Mbps RM199

Maxis Fibre
Pakej Termurah
30 Mbps RM89

Pakej Termahal
800 Mbps RM299

Time
Pakej Termurah
100 Mbps RM99

Pakej Termahal
1 Gbps RM199

City Broadband
Pakej Termurah
50 Mbps RM79

Pakej Termahal
1 Gbps RM199

Mana yang Terbaik?
Dari segi Coverage
Unifi dan Maxis Fibre lebih luas. Maknanya lebih ramai orang mudah nak daftar dan langgan Unifi dan Maxis berbanding Time dan City Broadband. Semua tempat yang di bawah coverage Unifi boleh dapat Maxis Fibre.

Time pula lebih fokus pada bangunan mewah seperti Apartment atau Kondominium. Teknik marketing Time memang menjadi sebab kebanyakan penduduk di apartment/condominium memang langgan Time berbanding Unifi atau Maxis Fibre.

City Broadband pula baru je kat Malaysia tapi dapat perhatian dengan begitu cepat walaupun kawasan liputan masih rendah iaitu di Cyberjaya buat masa ini. Pengguna internet hardcore terpaksa guna Unifi, Maxis Fibre dan Time selagi coverage City Broadband masih kecil.

Pemenang : Unifi & Maxis Fibre

Dari segi kelajuan
Pakej paling laju dari Unifi ialah download speed sehingga 300 Mbps dan upload speed sehingga 50 Mbps. Tiada pakej yang sama dari segi kelajuan download dan upload dari Unifi.

Maxis Fibre pula hanya menyediakan satu pakej sahaja yang sama naik turunnya. Pakej 30 Mbps menyediakan download dan upload speed sehingga 30 Mbps. Kalau pilih pakej yang paling laju sekalipun, download speed sehingga 800 Mbps tetapi upload speed sehingga 200 Mbps.

Buat masa ini kelajuan internet City Broadband paling hebat. Setiap pakej City Broadband menyediakan symmetrical speed internet. Maknanya kalau langgan pakej 50 Mbps, anda dapat download dan upload speed sehingga 50 Mbps jugak.

Time pun tewas sipi-sipi je sebab pakej 100 Mbps dan 500 Mbps sahaja yang symmetrical. Pakej 1 Gbps dari Time pula download speed up to 1 Gbps tetapi upload speed up to 500 Mbps.

Pakej 1 Gbps dari City Broadband pula symmetrical. Download dan upload speed up to 1 Gbps! Wow!

Pemenang : City Broadband

Dari segi harga
Pakej paling murah dengan unlimited quota dari Unifi ialah Pakej 30 Mbps RM89 sebulan. Pakej 300 Mbps pula RM199 siap dengan..
  1. Unlimited Quota
  2. FREE Wifi Router 
  3. UniFi PlayTV @unifi app : Ultimate Pack
  4. UniFi TV Set-Top-Box (STB) provided
  5. Free call plan STD20 : Free 600 min/month thereafter 10sen/min to fixed line & mobile nationwide; unlimited calls to TM fixed line
Pakej paling murah dari Maxis Fibre pula ialah 30 Mbps RM89 sebulan. Pakej paling mahal ialah 800 Mbps RM299 berserta..
  1. Unlimited Quota
  2. Unlimited Calls
  3. FREE DECT Phone
  4. FREE 2 units of Mesh WiFi Device
Pakej Time yang paling murah ialah 100 Mbps RM99 sebulan. Pakej Time paling mahal ialah 1 Gbps RM199 siap dengan..

  1. Unlimited Quota
  2. Wifi Router Provided
  3. Free DECT Phone kalau add on Voice Lite atau Voice Max :

a) Voice Lite (RM2.50/month; 30 min free calls/month).
b) Voice Max (RM10/month; 300 min free calls/month)

City Broadband paling murah ialah pakej 50 Mbps RM79 sebulan. Pakej paling mahal pula ialah 1 Gbps RM199 siap dengan..

  1. Unlimited Quota
  2. Symmetrical Speed
  3. Optical Network Unit provided
  4. Wifi Router provided

Pemenang : City Broadband

Pemenang keseluruhannya?
Susah nak cakap sebab Unifi dan Maxis Fibre paling meluas di Malaysia. Time pula fokus pada tempat tinggal di bangunan-bangunan tertentu je. City Broadband paling berbaloi untuk dilanggan tapi coverage tak meluas lagi.

Buat masa ini Unifi dan Maxis Fibre yang paling senang orang ramai nak langgan berbanding Time dan City Broadband. Apa-apa hal City Broadband tak boleh dipandang rendah. Secara peribadi, pakej dari City Broadband paling menarik dan berbaloi bagi saya.

Orang langgan internet bukannya nak tengok TV sangat. Kalau nak tengok TV sekalipun boleh pilih Astro Njoi atau Myfreeview je. Baik keluar duit langgan internet daripada langgan TV Pack samada dari Astro atau Unifi.

Apa-apa hal, keputusan nak pilih internet fiber terpulang kepada anda. Unifi? Maxis Fibre? Time? City Broadband? Pilih ikut keperluan dan kemampuan anda.

Sekian, terima kasih.

Info tambahan untuk anda
Cara pilih internet fibre terbaik di Malaysia

Comments

  1. celcom fibre, digi fibre, viewqwest?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Those are new competitors. Not reviewing about them now but maybe next time? No promises.

      Thank you for your suggestion.

      Delete
  2. salam
    mungkin perbandingan speed tu boleh buat dlm bentuk jadual. lebih mudah nampak dan faham. tkasih.

    ReplyDelete
  3. Thanks for information 👍🏻👍🏻👍🏻..I chose maxis fibre..rm89

    ReplyDelete

Post a Comment