Cara Pilih Internet Fibre Terbaik

Pilihan utama dalam mencari perkhidmatan internet fibre? Apa dia?


Jom kita tengok cara saya atau mungkin cara orang lain juga dalam memilih internet fibre menurut turutan.

1. Harga
Orang kita memang kalau boleh nak segala-galanya murah. Apa-apa hal mesti tengok harga dulu.

Kalau harga murah, baru tengok kualiti. Itu pun ada juga yang complaint,
"Kenapa barang ni nampak macam tak tahan lama?"

Amboi! Nak beli barang mahal berkualiti tak mampu tapi complaint kenapa barang murah kurang berkualiti.

Lebih dahsyat lagi bila tengok barang murah terus beli sebab terasa berbaloi. Itu yang ada orang rasa tertipu lepas beli barang murah sebab kualiti mengecewakan.

Sama juga dalam memilih perkhidmatan internet fibre. Orang biasa tengok harga dulu walaupun ada perkara lain yang lebih utama untuk diambil tahu dulu.

2. Laju
Bila dah tahu harga, kelajuan internet mesti nak ambil tahu juga. Harga pakej paling murah berapa kelajuannya? Inilah persoalan yang biasa berlaku dalam fikiran seseorang.

3. Quota
Dah tahu kelajuan internet, nak tahu pula berapa banyak quota yang disediakan. Adakah unlimited atau ada limit?

4. Rangkaian
Lepas dah tahu kelajuan dan quota internet baru nak check network coverage atau rangkaian internet fibre kat tempat sendiri. Kalau boleh, duduk kampung setinggan atau dalam hutan pun boleh guna internet fibre.


Akan tetapi..

Tahukah anda perkara yang paling utama dalam memilih internet fibre?

Ada 4 perkara juga tapi susunannya tak sama. Jom teruskan baca..

1. Rangkaian
Rangkaian atau network coverage adalah perkara pertama yang mesti anda ambil tahu. Pastikan tempat tinggal atau tempat anda nak guna internet fibre tu under coverage tak kiralah sama ada Unifi, Maxis, TIME atau City Broadband.

Kalau tiada coverage internet fibre di tempat anda, segala kelebihan internet seperti kelajuan yang berdesup-desup, unlimited quota dan harga paling murah di dunia pun tak guna.

Biar harga mahal sikit, asalkan ada network coverage di tempat anda. Bukan semua tempat boleh langgan dari company yang sama.

Contohnya TIME lebih tertumpu ke bangunan-bangunan tertentu seperti condominium atau apartment. Kalau anda tinggal di rumah teres memang tak dapatlah nak guna TIME. Anda terpaksa pilih Unifi atau Maxis dalam hal seperti ini.

Adakah network coverage paling luas mesti jadi pilihan anda?

Tak semestinya sebab kalau anda tinggal di Cyberjaya, lebih baik anda guna City Broadband. Lebih murah berbanding Unifi atau Maxis.

2. Kelajuan
Dah confirm tempat anda ada network coverage internet fibre? Tak kiralah sama ada Unifi, Maxis, TIME atau City Broadband. Kalau ada coverage barulah pilih kelajuan internet.

Sebelum pilih kelajuan, nak tahu juga anda guna internet untuk apa?

Kalau guna internet untuk cari info, buat blog dan suka tengok Youtube atau video-video online ni, 30Mbps sudah memadai.

Kalau anda heavy downloader dan kuat main game online, lebih baik pilih kelajuan 100Mbps atau lebih lagi baru puas hati.

3. Quota
Perlu ke risau pasal quota? Biasanya internet fibre ni umlimited quota kan?

Apa-apa hal double check dulu walaupun Unifi, Maxis, TIME dan City Broadband secara terbuka menyediakan internet unlimited quota.

Walaupun syarikat telekomunikasi beritahu unlimited atau no quota tapi sebenarnya dorang ada FUP (Fair Usage Policy). Contohnya kalau penggunaan internet anda melebihi 300GB, kelajuan internet anda akan dikurangkan demi kebaikan pengguna-pengguna internet yang lain kononnya..

Itu contoh je tau. Nak tahu lebih pasal FUP kena contact company ISP (Internet Service Provider) atau syarikat telekomunikasi tu sendiri. FUP bagi setiap company mungkin berbeza.

4. Harga
Sebelum melanggan internet fibre, pastikan anda mampu bayar mengikut pelan atau pakej internet yang anda pilih. Biasanya perkhidmatan internet fibre ni ada kontrak 24 bulan.

Kalau tak mampu pilih pakej yang mahal, pilihlah pakej yang paling murah. Inilah masa yang sesuai untuk pilih harga yang paling murah. Bukannya awal-awal terus pilih yang paling murah tapi tempat anda takde coverage...

Biar murah asalkan mampu dan boleh enjoy guna internet fibre di rumah anda.

Penutup

Sila tengok gambarajah ini. Bahagian Speed dan Price, saya tunjukkan pakej paling tinggi.

ISP

Coverage

Speed

Quota

Price per month

Unifi

The widest

800Mbps

Unlimited

RM349

Maxis

Same like Unifi

800Mbps

Unlimited

RM299

TIME

Focus on buildings such as apartment / condominium

1Gbps

Unlimited

RM199

City Broadband

Focus in Cyberjaya, Ipoh & Melaka

1Gbps

Unlimited

RM199


Kenapa saya tak utamakan brand atau jenama internet fibre?

Sebab bukan semua tempat berbaloi untuk pilih syarikat atau brand yang sama. Contohnya kalau tinggal di condominium memanglah boleh guna Unifi tetapi lebih baik guna TIME sebab lebih murah.

Unifi dan Maxis memang luas coverage tapi harga lebih mahal. Kalau duduk di tempat yang boleh guna TIME atau City Broadband, gunakanlah TIME atau City Broadband sebab lagi murah dari Unifi/Maxis.

Unifi dan Maxis terbaik dari segi coverage walaupun harga mahal. TIME dan City Broadband terbaik dari segi harga walaupun coverage kecil. Coverage City Broadband pula sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan TIME.

Oleh itu pilihlah perkhidmatan internet fibre yang boleh digunakan di tempat anda.

Nak tengok pelan internet Unifi terkini?
Sila tengok di sini.

Nak tengok pelan internet TIME terkini?
Sila tengok sini pula.

Nak langgan internet fibre Maxis atau City Broadband?
Sila hubungi agen yang berhampiran dengan anda di sini.

Info Tambahan
Unifi VS Maxis Fibre VS TIME VS City Broadband

Comments