Apa itu JENDELA?

JENDELA (Jalinan Digital Negara) merupakan satu rancangan infrastruktur digital nasional bernilai RM21 bilion. JENDELA menjadi satu inisiatif untuk membawa Malaysia ke arah penyambungan digital yang lebih besar dengan meningkatkan kecekapan infrastruktur negara dan mengoptinumkan penggunaan spektrum.


Pada Ogos 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa JENDELA ialah sebahagian dari Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025). Ia bakal menjadi asas bagi liputan jalur lebar yang komprehensif dan berkualiti tinggi serta mempersiapkan negara ke arah teknologi 5G.

Pengerusi MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek menyatakan tender infrastruktur bawah nama JENDELA di 1,661 tapak yang melibatkan kos sebanyak RM4.6 bilion akan ditutup pada 31 Mac 2021. Katanya lagi, JENDELA mempunyai dua fasa iaitu Fasa 1 dilaksanakan dari 2020 hingga 2022 dan Fasa 2 dari 2022 hingga 2025.

Fasa pertama :
  • Menambah sehingga 7.5 juta premis jalur lebar talian tetap (fixed-line broadband) dengan kelajuan Gigabit.
  • Memperluaskan liputan kawasan rangkaian 4G dari 91.8% kepada 96.8%.
  • Meningkatkan kelajuan internet mudah alih telefon pintar dari 25Mbps ke 35Mbps.
  • Menamatkan rangkaian 3G secara beransur-ansur sehingga hujung tahun 2021.
Fasa kedua :
Merapatkan jurang digital dalam penggunaan internet dan teknologi lain yang berkaitan untuk beralih ke arah 5G sepenuhnya.

Pengarah Urusan Nokia Malaysia dan Sri Lanka, Datuk Sivananthan Shanmugam berkata, inisiatif JENDELA membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha membangunkan infrastruktur bagi meluaskan liputan teknologi tanpa wayar untuk generasi terkini di seluruh negara, seterusnya akan mempercepatkan rangkaian 5G tersebar dalam masa terdekat.

JENDELA MAP

"Untuk pengendali rangkaian mudah alih, MAP sangat berguna untuk mereka mencari peluang bagi mengoptimumkan sumber maklumat melalui perkongsian infrastruktur serta menigkatkan liputan jalur lebar di seluruh negara." Katanya kepada Bernama.


Kerjasama untuk menjayakan JENDELA memerlukan bajet RM21 bilion melibatkan 40% dana USP (Universal Service Provision) dari pihak MCMC dan baki dana 60% dari pemain-pemain industri lain.

MCMC akan membantu syarikat-syarikat telekomunikasi dengan menubuhkan 'Specialised Project Management Service' untuk memantau perkembangan rancangan JENDELA dan memberikan penyelesaian sekiranya ada sebarang masalah.

Kenanga Research mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat-syarikat telco seperti Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile bertekad untuk mencapai sasaran kawasan liputan negara sebanyak 96.8% pada tahun 2022. Manakala syarikat-syarikat jalur lebar yang berkemungkinan besar akan menerajui rangkaian jalur lebar negara sehingga 7.5 juta premis ialah TM, TIMEDOTCOM dan Maxis.

5G berguling keluar (roll-out) pada 2022

Sementara negara menantikan kejayaan pelaksanaan spektrum 5G, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah mengatakan pemerintah telah berjanji untuk melancarkan teknologi 5G pada akhir 2022 atau awal 2023, dengan connectivity (hubungan internet yang baik) menjadi salah satu keutamaan.

Katanya, pelaksanaan projek rangkaian 5G meliputi kesediaan dari segi hubungan internet, penerimaan rangkaian bagi setiap orang, peraturan dan kesediaan industri.

"Dari segi hubungan internet, tidak ada gunanya kalau kita memiliki 5G di beberapa kawasan, sedangkan 4G dan lain-lain (3G, 2G) pun tiada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Harus ada akses yang disediakan untuk mengelakkan jurang digital.

"Mengenai tahap pencapaian industri, kami menjangkakan 70% penggunaan 5G akan digunakan untuk industri sementara 30% selebihnya di kalangan masyarakat umum." Tambahnya.

Prestasi telco sewaktu pandemik COVID-19

PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dilaksanakan pada 18 hari bulan Mac 2020 menyebabkan perniagaan di seluruh negara merudum. Hanya beberapa perniagaan penting yang dibenarkan untuk beroperasi dan menyebabkan aktiviti ekonomi jadi perlahan. Namun, syarikat-syarikat telekomunikasi tetap bertahan memandangkan perkhidmatannya sangat diperlukan pada ketika itu.

Walaupun pemain-pemain industri mendapati ada beberapa perubahan dalam penggunaan pascabayar / prabayar dan ARPU (Average Revenue Per User), Kenanga Research mendapati bahawa jumlah langganan pada separuh pertama tahun ini ialah 43.4 juta, angka tersebut hampir sama dengan angka tahun lalu dalam tempoh yang sama kerana langganan asing lebih rendah (lower foreign subscriptions) dan pengguna-pengguna memiliki lebih dari satu sim kad.

Kajian menunjukkan penggunaan internet talian tetap di rumah pula meningkat 6% berbanding separuh pertama tahun lalu kerana permintaan khidmat internet fibre lebih tinggi disebabkan arahan 'duduk rumah lebih baik' pada ketika itu.

Disebabkan rakyat dinasihatkan untuk beralih ke 'norma baru', tahun ini menyaksikan peningkatan gaya (trend) WFH (Work From Home) sekaligus meningkatkan permintaan tinggi terhadap langganan internet di rumah sewaktu Malaysia dan seluruh dunia dibelenggu oleh pandemik dan sekatan pergerakan.

MyIX (Malaysia Internet Exchange), sebuah persatuan di bawah MCMC mencatatkan puncak lalu lintas (traffics) internet tertinggi iaitu 532 Gbps (Gigabit per second) berbanding rekod tertinggi pada tahun 2019 iaitu 500 Gbps berikutan penguatkuasaan PKP pada 18 Mac 2020.

Hubungan internet tetap menjadi keutamaan

Kerajaan terus menunjukkan komitmennya dalam meningkatkan kapasiti dan jangkauan internet negara dengan peruntukan yang cukup besar dalam Bajet 2021.

Di bawah infrastruktur Digital, MCMC memperoleh RM7.4 bilion untuk membina dan meningkatkan perkhidmatan jalur lebar pada tahun 2021 dan 2022 sementara Program Jalinan PRIHATIN akan dapat RM1.5 bilion untuk meringankan beban kewangan golongan B40 (Golongan berpendapatan rendah) dalam mengakses  internet yang nilainya akan dipadankan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dengan data percuma.

Kerajaan juga memperuntukkan RM500 juta untuk melaksanakan JENDELA dan memastikan 430 sekolah mendapat hubungan internet yang mantap selain RM42 juta untuk meningkatkan hubungan internet di 25 kawasan perindustrian.

Kesimpulan
Secara ringkasnya JENDELA ialah rancangan untuk tambah coverage internet fibre dan coverage 5G di Malaysia.

Comments