Internet Fibre Jadi Faktor Pembeli Hartanah

Kalau dulu, orang beli rumah tak jadikan kawasan internet fibre sebagai keutamaan. Sekarang orang nak beli rumah baru dah tambah kriteria sama ada kawasan tersebut dalam coverage internet fibre atau tidak.

Internet Jalur Lebar
Nak internet fibre di rumah.

Semestinya ada ciri-ciri lain yang diambil berat oleh pembeli rumah baru. Contohnya berhampiran pusat beli-belah, tidak jauh dari sekolah, kemudahan akses pengangkutan, pengaliran udara yang baik di rumah dan lain-lain.

Sheldon Fernandez sebagai Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia berkata liputan jalur lebar menjadi keutamaan pembeli hartanah selepas pandemik Covid-19. Memandangkan majoriti rakyat Malaysia terpaksa bekerja atau berniaga dari rumah secara online.

Sekiranya anda adalah sebahagian dari pembeli hartanah, pastikan ada liputan internet jalur lebar selain dari kemudahan-kemudahan lain yang sedia ada di hartanah tersebut.


Sumber

Liputan jalur lebar jadi pertimbangan utama





Comments