Unifi Winback Package Warning

TM buat promosi istimewa "Winback Package" untuk pelanggan-pelanggan yang transfer dari ISP (Internet Service Provider) lain ke Unifi. Contohnya anda gunakan Maxis Fibre tapi nak berubah ke Unifi jadi anda layak untuk join Winback Package.


Apa yang anda dapat kalau join Winback Package?

  • 1 unit Samsung Galaxy Tab A 8.0 kalau langgan Unifi 30Mbps.
  • 1 unit Sharp 42" Android TV kalau langgan Unifi 100Mbps atau lebih.

Kalau anda masih dalam kontrak dengan ISP lain?

TM Unifi bagi anda rebate RM500 (RM50 x 10 bulan). Maknanya bil Unifi anda selama 10 bulan ditolak RM50.

Apa nak buat sebelum join Winback Package?

Jangan hentikan langganan ISP anda terlebih dahulu. Daftar Unifi dengan pihak kami untuk dapatkan Transfer Request ID sebelum terminate kontrak ISP asal anda.

Amaran untuk anda yang nak join Unifi Winback Package
  • Selepas anda dapat Transfer Request ID dari kami, anda perlu ke Internet Service Centre contohnya Maxis Centre untuk beritahu nak transfer dari Maxis ke Unifi. JANGAN TERMINATE SEBELUM BAGI TRANSFER REQUEST ID anda kepada mereka.
  • Kegagalan untuk beri Transfer Request ID maknanya terbatal Winback Package untuk anda.
  • Unifi tak dapat dipasang di rumah anda sekiranya Unifi port full.
  • Anda mesti hantar termination slip dan penalty receipt ke TM Point dalam masa 30 hari untuk dapatkan rebate RM500 (RM50 x 10 bulan). Kalau gagal hantar dalam masa 30 hari, tiada rebate untuk anda.
  • Anda tak boleh tuntut duit Early Termination Penalty Fees yang telah anda bayar kepada ISP anda contohnya Maxis Fibre sekiranya Unifi gagal dipasang di tempat anda atas sebab-sebab tertentu.
  • Pemberian Tablet / TV percuma adalah tertakluk kepada pihak TM sekiranya masih ada stok. Permintaan anda untuk minta tukar Tablet / TV dari segi jenama/spesifikasi atau duit yang sama nilai tidak akan dilayan.
  • Jika anda ambil Winback Package, anda tak dapat terima promosi-promosi TM yang lain.
  • Anda tidak dibenarkan untuk downgrade/upgrade pakej Unifi anda selepas ambil Winback Package.
Risiko lain?
Berkemungkinan penalty fees untuk early termination ISP anda melebihi RM500. Memang tak berbaloi nak dapatkan Winback Package.

Adakah berbaloi untuk anda dapatkan Unifi Winback Package?
Susah nak cakap. Kalau early termination fees ISP asal anda RM500 atau ke bawah, memang berbaloilah. Kalau lebih RM500, baik jangan.

Mungkin anda fikir berbaloi untuk dapatkan Smart TV 42" walaupun penalty fees dari pihak ISP anda melebihi RM500. Itu terpulang kepada anda.

Apa-apa hal sebelum nak ambil Unifi Winback Package, lebih baik anda tanya agen-agen kami yang berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk pastikan masih ada Unifi port atau dah penuh.

Comments