Apakah Denda Yang Dikenakan Jika Hentikan Perkhidmatan Internet Fibre Sebelum Habis Kontrak?

Kita sedia maklum kebanyakan ISP (Internet Service Provider) di Malaysia menyediakan kontrak perkhidmatan internet fibre selama 24 bulan. Kalau anda tamatkan langganan internet fibre dari mereka sebelum habis kontrak 24 bulan, anda akan didenda.

Contract or penalty?

Adakah denda mereka sama atau berbeza?

Di sini saya kongsikan denda atau penalty yang dikenakan oleh mereka jika tak ikut contract.

Celcom
Penalty RM500

Period of Agreement from Celcom.

Kalau anda tamatkan perkhidmatan Celcom Fibre sebelem tamat kontrak 24 bulan, anda kena bayar RM500. Selain itu anda mesti pulangkan modem Celcom Fibre.

Cara pulang, kena hubungi pihak Celcom. Nanti dorang hantar wakil untuk datang ambil modem.

Kalau tak dapat pulangkan modem Celcom, kena bayar RM300.


City Broadband
Penalty RM500
Terma & Syarat dari Allo.

Untuk pengetahuan anda, Allo ialah ISP yang menyediakan perkhidmatan internet fibre City Broadband dengan 2 pilihan kontrak iaitu 12 bulan dan 24 bulan.

Apa beza kontrak 12 bulan dan 24 bulan?

Kalau ambil kontrak 12 bulan, kena bayar One-time charge sebanyak RM300. RM300 ni tidak akan dipulangkan. Penalty sebanyak RM500 kalau anda hentikan langganan sebelum tamat tempoh kontrak 12 bulan.

Kalau ambil kontrak 24 bulan, tak perlu bayar One-time charge. Penalty tetap RM500 kalau anda hentikan langganan sebelum tamat tempoh kontrak 24 bulan.

Saya tak jumpa pasal pulangkan modem atau router dalam terma dan syarat City Broadband.


Digi
Penalty RM500

Terms & Conditions from Digi.

Kalau anda nak hentikan langganan Digi Fibre sebelum tamat tempoh kontrak 24 bulan, anda kena bayar RM500. Tak perlu pulangkan modem atau router.


Maxis
Penalty baki langganan atau RM500. Bayar yang lebih tinggi.

Clause 14(b) from Maxis.

Contohnya anda langgan Maxis Fibre 100Mbps sebulan RM129. Lagi 10 bulan nak habis kontrak, anda tamatkan perkhidmatan. 

RM129 x 10 = RM1290

Penalty anda ialah RM1290 sebab lebih tinggi dari RM500.

Contoh lain pula kalau anda langgan Maxis Fibre 100Mbps sebulan RM129. Lagi 3 bulan nak habis kontrak, anda tamatkan perkhidmatan.

RM129 x 3 = RM387

Penalty anda ialah RM500 sebab lebih tinggi dari RM387.

BTU (Broadband Termination Unit) mesti dipulangkan. Saya tak tahu berapa banyak denda atau ganti rugi kalau tak dapat pulangkan BTU sebelum tamat kontrak.

Pengguna Maxis Fibre 500Mbps dan 800Mbps dapat FREE 2 Mesh Wifi. Kalau berhenti langgan sebelum habis kontrak terus tak jadi FREE lagi.

Kalau anda hentikan langganan Maxis Fibre 500Mbps atau 800Mbps, anda kena bayar 2 Mesh Wifi ikut formula seperti ini :

(2 Mesh Wifi × RRP ÷ 24) × baki bulan kontrak

RRP ialah Recommended Retail Price. Saya kurang pasti harga mesh Wifi yang dikenakan oleh pihak Maxis.

Saya bagi contoh kalau harga mesh Wifi ialah RM300 satu set dan baki habis kontrak anda ialah lagi 10 bulan.

(2 × RM300 ÷ 24) × 10 = RM250

Itu kalau harga Mesh Wifi dari Maxis ialah RM300. Kalau lebih mahal bermakna lebih tinggilah nak kena bayar.

Oleh itu berhati-hatilah kalau anda nak langgan Maxis Fibre. Penalty yang dikenakan sangat dahsyat kalau anda hentikan langganan sebelum tamat tempoh kontrak.


Time
Penalty RM500
Syarat tamatkan langganan dari Time.

Kalau anda hentikan langganan Time sebelum tamat kontrak 24 bulan, anda kena bayar RM500.

Bagaimana dengan modem atau router Time?

Tak perlu pulangkan modem dan router kalau tempoh langganan anda 4 bulan atau lebih. Kalau tempoh langganan 3 bulan atau kurang, kena pulangkan balik.


U Mobile
Penalty RM500

Early termination fees from U Mobile.

Kalau anda hentikan langganan U Mobile Fibre sebelum tamat tempoh 24 bulan, anda kena bayar RM500. Selain itu anda kena bayar RM150 untuk wakil U Mobile datang ambil ONU (Optical Network Unit) dan CPE (Customer Premises Equipments). RM500 tambah RM150 jadi RM650.

Kalau ONU hilang atau rosak, kena bayar RM500.

Kalau CPE untuk U Mobile Fibre 100Mbps atau 500Mbps tak dapat dipulangkan, kena bayar RM180. Kalau CPE untuk U Mobile Fibre 1Gbps hilang atau rosak, kena bayar RM500.

Paling kurang, anda kena bayar RM650 kalau hentikan perkhidmatan U Mobile Fibre sebum tamat tempoh contract 24 bulan. Dengan syarat ONU dan CPE dalam keadaan baik.


Unifi
Penalty baki langganan.
Terms & Conditions Unifi.

Kalau anda hentikan langganan Unifi sebelum tamat tempoh kontrak, anda kena bayar baki langganan anda.

Contohnya anda pengguna Unifi 100Mbps sebulan RM129. Anda nak tamatkan perkhidmatan Unifi dengan baki 10 bulan sebelum tamat tempoh kontrak.

Penalty untuk anda seperti ini :
RM129 × 10 = RM1290

RM1290 ialah jumlah penalty yang perlu anda bayar.

BTU (Broadband Termination Unit) mesti dipulangkan. Kalau tak dapat pulangkan BTU, kena bayar RM500.



Penalty paling dahsyat?
Pada pendapat saya, penalty dari Maxis paling dahsyat. Penalty RM500 atau bayar baki langganan sebelum tamat tempoh kontrak. Kena bayar yang lebih tinggi.

BTU kena pulangkan.

Unifi pun dahsyat juga sebab kena bayar baki langganan sebelum tamat tempoh kontrak. Unifi tak kenakan caj RM500 macam Maxis kalau baki langganan kurang dari RM500.

BTU pun kena pulangkan juga sama macam Maxis.

Celcom dan U Mobile lebih kurang je. Penalty RM500 kalau tamatkan perkhidmatan sebelum tamat tempoh kontrak. Selain tu, U Mobile minta pulangkan modem dan router tapi Celcom minta modem je.

Penalty dari City Broadband, Digi dan Time sama je. Kena bayar RM500 kalau hentikan perkhidmatan sebelum tamat tempoh kontrak. Modem/router tak perlu pulangkan.

Kalau anda baru nak langgan internet fibre sama ada Celcom, City Broadband, Digi, Maxis, Time, U Mobile atau Unifi, pastikan anda dah bersedia dengan kontrak 2 tahun. Kalau anda risau pasal kontrak, lebih baik jangan langgan internet fibre buat masa ini.

Fikir masak-masak sebelum langgan internet fibre supaya tak timbul masalah di kemudian hari, minggu, bulan dan tahun.

Comments