Kenapa Masih Banyak Penduduk Rumah Flat Belum Ada Internet Fibre?

Punca utama ialah di luar kawasan. Maknanya alamat atau tempat tinggal yang bukan dalam kawasan internet fibre.

Punca kedua ialah harga. Contohnya orang bandingkan harga pakej Time Fibre lebih murah dari Unifi. Disebabkan perbandingan harga, orang lebih sanggup takde internet fibre sebab rasa tak adil untuk langgan pakej Unifi sedangkan pakej Time Fibre lebih murah bagi kelajuan yang sama.

Pakej Murah tapi tiada coverage pulak.

Masalah Time Fibre yang sediakan pakej murah ni ialah coverage tak cukup meluas  Harga pakej Time Fibre 500Mbps sebulan RM139 tapi harga pakej Unifi 500Mbps sebulan RM249.

Berapa banyak rumah bertingkat-tingkat yang takde coverage Time Fibre buat masa ni?

Contohnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Berapa banyak rumah bertingkat-tingkat di sana yang masih belum dapat guna Time Fibre buat masa ni?

Sebenarnya ada banyak lagi kawasan rumah bertingkat-tingkat di negeri-negeri lain yang masih belum ada Time Fibre.
Pakej Mahal tapi banyak pelanggan.

Walaupun pakej Unifi 500Mbps dapat panggilan percuma 600 minit sebulan tapi tetap lebih jimat kalau langgan pakej Time Fibre 500Mbps. Sebab apa?

Pakej Time Fibre 500Mbps sebulan RM139 tambah guna Celcom atau Maxis atau Digi atau U Mobile sebulan RM35 dapat unlimited free call to all networks in Malaysia. RM139 tambah RM35 baru RM174. Dalam Celcom / Maxis / U Mobile Plan RM35 sebulan tu ada juga unlimited internet walaupun speed hanya 3Mbps (U Mobile 6Mbps).

Keluar rumah boleh guna internet di phone. Balik rumah boleh guna internet fibre pulak.

Perkara yang saya cuba sampaikan ialah anda boleh jimat lebih kalau langgan Time Fibre berbanding Unifi walaupun Unifi ada sediakan panggilan percuma 600 minit sebulan.

Tapi Unifi ada Unifi PlayTV : Ultimate Pack

Ada apa dengan Ultimate Pack?

CH 116 HyppSensasi HD 

CH 118 HyppInspirasi HD

CH 128 Dunia Sinema HD

CH 141 Pesona HD

CH 201 tvN Movies HD

CH 209 SETI HD

CH 211 tvN HD

CH 233 now Jelli HD

CH 288 Celestial Movies

CH 289 CCM

CH 301 Yupp Thirai HD

CH 311 Colors Tamil HD

CH 312 Polimer

CH 313 Jaya Max

CH 331 Sony Max

CH 333 Colors Cineplex

CH 341 Colors

CH 342 Sony SAB

CH 343 Sony SET

CH 407 HITS MOVIES

CH 408 Paramoubt Channel HD

CH 411 CinemaWorld HD

CH 451 Warner TV HD

CH 453 AXN

CH 454 HITS

CH 462 K-Plus

CH 463 Arirang TV

CH 471 GEM

CH 472 Animax

CH 473 ROCK Entertainment

CH 501 BBC Earth HD

CH 502 Love Nature

CH 505 TechStorm

CH 512 BBC Lifestyle HD

CH 531 MTV Asia HD

CH 550 Dreamworks HD

CH 552 Nick Jr.

CH 553 CBeebies HD

CH 554 Nickelodeon

CH 555 Boomerang

CH 601 BBC World News HD

CH 602 Al Jazeera HD

CH 706 SPOTV

CH 707 SPOTV2

Kalau anda berminat dengan Ultimate Pack dari Unifi, terpulang kepada anda. Mungkin RM249 sebulan tak jadi masalah?

Pada pendapat saya, lebih jimat anda guna Astro Njoi. Sekali bayar je.

Tak perlu bayar setiap bulan kat Astro. Siaran-siaran yang disediakan agak bosan tapi sekurang-kurangnya ada juga siaran TV untuk ditonton.

Kalau tak nak Astro Njoi atau sebarang siaran TV tu lagi jimat. Nak tahu perkembangan semasa cari di internet je, tak perlu TV. Terpulang kepada anda.

Seandainya Time Fibre boleh luaskan coverage di kawasan-kawasan rumah flat di seluruh Malaysia, saya percaya ramai yang beralih arah ke Time Fibre.

Kalau penduduk rumah flat sanggup bayar lebih untuk dapatkan Unifi, apa lagi kalau ada Time Fibre yang jauh lebih murah.

Buat masa ni memang Time Fibre tak cukup meluas lagi. Kebanyakkan penduduk rumah flat terpaksa guna Unifi.

Berkemungkinan besar ada sebahagian penduduk rumah flat lebih sanggup tunggu sampai dapat coverage Time Fibre. Sementara menunggu tu, dorang guna internet dari phone je. Orang yang tak sanggup tunggu tu terpaksa langgan Unifi atau Maxis Fibre.

Sebahagian penduduk di Ipoh, Cyberjaya dan Melaka seronoklah dapat guna City Broadband. Harga pakej City Broadband 500Mbps pun RM139 juga.

Nak tunggu City Broadband masuk ke semua rumah-rumah flat di Malaysia?

Entahlah.

Time Fibre yang dah bertahun-tahun bertapak di Malaysia pun masih tak cukup meluas. Itu pun masih ada rumah kondominium yang takde coverage Time Fibre..

Nak tunggu Unifi turunkan harga untuk penduduk rumah flat?

Memang taklah sebab selama ni pun penduduk rumah flat sanggup bayar lebih untuk langgan Unifi.

Buat masa ni syarikat mana yang sanggup bagi harga RM139 sebulan untuk pakej 500Mbps selain Time Fibre dan City Broadband?

Nak tunggu penduduk rumah flat beramai-ramai daftar Time Fibre walaupun takde coverage?

Orang bukan nak daftar kalau bendanya takde. Kalau nak orang daftar, masuklah port Time Fibre nanti tahulah dorang nak daftar, nak langgan, nak bayar.

Nak tunggu 20 ke 30 orang daftar baru nak pertimbangkan tambah coverage?

Baik guna internet smartphone je.

Bukan baru sehari dua Time Fibre ada di Malaysia.

Adakah penduduk-penduduk rumah flat terpaksa tunggu lagi setahun?

Atau tunggu lebih lama?

Atau langgan je pakej internet fibre sedia ada walaupun mahal?

Penduduk rumah atas tanah (landed house) memang takkan dapatlah nak langgan Time Fibre.

P/s : Jangan lupa 6% SST.

Comments