Punca utama ialah di luar kawasan. Maknanya alamat atau tempat tinggal yang bukan dalam kawasan internet fibre.
Punca kedua ialah harga. Contohnya orang bandingkan harga pakej Time Fibre lebih murah dari Unifi. Disebabkan perbandingan harga, orang lebih sanggup takde internet fibre sebab rasa tak adil untuk langgan pakej Unifi sedangkan pakej Time Fibre lebih murah bagi kelajuan yang sama.
Pakej Murah tapi tiada coverage pulak. |
Pakej Mahal tapi banyak pelanggan. |
CH 116 HyppSensasi HD
CH 118 HyppInspirasi HD
CH 128 Dunia Sinema HD
CH 141 Pesona HD
CH 201 tvN Movies HD
CH 209 SETI HD
CH 211 tvN HD
CH 233 now Jelli HD
CH 288 Celestial Movies
CH 289 CCM
CH 301 Yupp Thirai HD
CH 311 Colors Tamil HD
CH 312 Polimer
CH 313 Jaya Max
CH 331 Sony Max
CH 333 Colors Cineplex
CH 341 Colors
CH 342 Sony SAB
CH 343 Sony SET
CH 407 HITS MOVIES
CH 408 Paramoubt Channel HD
CH 411 CinemaWorld HD
CH 451 Warner TV HD
CH 453 AXN
CH 454 HITS
CH 462 K-Plus
CH 463 Arirang TV
CH 471 GEM
CH 472 Animax
CH 473 ROCK Entertainment
CH 501 BBC Earth HD
CH 502 Love Nature
CH 505 TechStorm
CH 512 BBC Lifestyle HD
CH 531 MTV Asia HD
CH 550 Dreamworks HD
CH 552 Nick Jr.
CH 553 CBeebies HD
CH 554 Nickelodeon
CH 555 Boomerang
CH 601 BBC World News HD
CH 602 Al Jazeera HD
CH 706 SPOTV
CH 707 SPOTV2
Kalau anda berminat dengan Ultimate Pack dari Unifi, terpulang kepada anda. Mungkin RM249 sebulan tak jadi masalah?
Pada pendapat saya, lebih jimat anda guna Astro Njoi. Sekali bayar je.
Tak perlu bayar setiap bulan kat Astro. Siaran-siaran yang disediakan agak bosan tapi sekurang-kurangnya ada juga siaran TV untuk ditonton.
Kalau tak nak Astro Njoi atau sebarang siaran TV tu lagi jimat. Nak tahu perkembangan semasa cari di internet je, tak perlu TV. Terpulang kepada anda.
Seandainya Time Fibre boleh luaskan coverage di kawasan-kawasan rumah flat di seluruh Malaysia, saya percaya ramai yang beralih arah ke Time Fibre.
Kalau penduduk rumah flat sanggup bayar lebih untuk dapatkan Unifi, apa lagi kalau ada Time Fibre yang jauh lebih murah.
Buat masa ni memang Time Fibre tak cukup meluas lagi. Kebanyakkan penduduk rumah flat terpaksa guna Unifi.
Berkemungkinan besar ada sebahagian penduduk rumah flat lebih sanggup tunggu sampai dapat coverage Time Fibre. Sementara menunggu tu, dorang guna internet dari phone je. Orang yang tak sanggup tunggu tu terpaksa langgan Unifi atau Maxis Fibre.
Sebahagian penduduk di Ipoh, Cyberjaya dan Melaka seronoklah dapat guna City Broadband. Harga pakej City Broadband 500Mbps pun RM139 juga.
Nak tunggu City Broadband masuk ke semua rumah-rumah flat di Malaysia?
Entahlah.
Time Fibre yang dah bertahun-tahun bertapak di Malaysia pun masih tak cukup meluas. Itu pun masih ada rumah kondominium yang takde coverage Time Fibre..
Nak tunggu Unifi turunkan harga untuk penduduk rumah flat?
Memang taklah sebab selama ni pun penduduk rumah flat sanggup bayar lebih untuk langgan Unifi.
Buat masa ni syarikat mana yang sanggup bagi harga RM139 sebulan untuk pakej 500Mbps selain Time Fibre dan City Broadband?
Nak tunggu penduduk rumah flat beramai-ramai daftar Time Fibre walaupun takde coverage?
Orang bukan nak daftar kalau bendanya takde. Kalau nak orang daftar, masuklah port Time Fibre nanti tahulah dorang nak daftar, nak langgan, nak bayar.
Nak tunggu 20 ke 30 orang daftar baru nak pertimbangkan tambah coverage?
Baik guna internet smartphone je.
Bukan baru sehari dua Time Fibre ada di Malaysia.
Adakah penduduk-penduduk rumah flat terpaksa tunggu lagi setahun?
Atau tunggu lebih lama?
Atau langgan je pakej internet fibre sedia ada walaupun mahal?
Penduduk rumah atas tanah (landed house) memang takkan dapatlah nak langgan Time Fibre.
P/s : Jangan lupa 6% SST.
Comments
Post a Comment