Plan | Price | Speed | Mesh Wifi |
Maxis Fibre 30 | RM89 | Download 30Mbps, Upload 30Mbps | Not Free |
Maxis Fibre 100 | RM129 | Download 100Mbps, Upload 50Mbps | Not Free |
Maxis Fibre 300 | RM149 | Download 300Mbps, Upload 50Mbps | Not Free |
Maxis Fibre 500 | RM219 | Download 500Mbps, Upload 100Mbps | FREE |
Maxis Fibre 800 | RM299 | Download 800Mbps, Upload 200Mbps | FREE |
Price
Harga yang dipaparkan tidak termasuk 6% SST (Sales and Services Tax).
Contoh : Anda langgan Maxis Fibre 300Mbps, harga termasuk SST 6% ialah RM157.95
Maknanya setiap bulan kena bayar lebih 6% dari harga yang dipaparkan.
Voice
Setiap Maxis Fibre Plan ada 2 pilihan Voice Call iaitu :
- Voice Pay Per Use RM0.09 seminit panggilan ke mobile phone atau talian tetap.
- Voice Unlimited RM10 sebulan.
Panggilan ke luar negara dan 'special number' akan dikenakan caj tertentu walaupun guna Voice Unlimited.
Contoh 'special number' di Malaysia ialah nombor telefon TNB (Tenaga Nasional Berhad) 15454.
Contoh lain 'special number' ialah nombor telefon yang bermula dengan 1300 atau 1700.
Installation
Setiap Maxis Fibre Plan menyediakan 'Free Standard Installation'. Maksudnya anda dapat pemasangan secara percuma kalau cable yang digunakan tidak melebihi 15 meter.
Seandainya lebih 15 meter, tak dapatlah 'Free Standard Installation'.
Kalau anda ada request untuk pasang cable ikut cara anda pun tak dapat 'Free Standard Installation'. Contohnya anda suruh contractor tutup balik cable di dinding supaya nampak lagi kemas.
Caj pemasangan adalah antara anda dengan contractor.
Mesh Wifi
Harga mesh Wifi dari Maxis ialah RM300 satu set.
Kalau anda langgan Maxis Fibre Plan 500Mbps atau 800Mbps, anda dapat 2 set mesh Wifi secara percuma.
Contract
Setiap Maxis Fibre Plan ada kontrak 24 bulan. Sekiranya anda hentikan perkhidmatan sebelum tamat tempoh kontrak, anda dikenakan penalty bayar baki langganan atau RM500; ikut jumlah yang lebih tinggi.
Contoh pertama, anda langgan Maxis Fibre 300Mbps dan baki langganan ialah 10 bulan sebelum tamat tempoh kontrak.
RM149 × 10 = RM1490
Jumlah penalty anda ialah RM1490 sebab lebih tinggi dari RM500.
Contoh kedua, anda langgan Maxis Fibre 300Mbps dan baki langganan ialah 3 bulan sebelum tamat tempoh kontrak.
RM149 × 3 = RM447
Jumlah penalty anda ialah RM500 sebab lebih tinggi dari RM447.
Kalau anda langgan Maxis Fibre Plan 500Mbps atau 800Mbps tapi nak hentikan langganan sebelum tamat tempoh kontrak, ada caj tambahan.
Caj tambahannya ialah 2 set mesh Wifi yang diberikan secara percuma telah bertukar menjadi RM600.
Contohnya baki langganan anda ada lagi 10 bulan sebelum tamat kontrak.
(RM600÷24) × 10 = RM250
Caj tambahan mesh wifi anda ialah RM250.
Langgan
Kalau anda berminat nak langgan Maxis Fibre, sila hubungi agen-agen kami yang berhampiran dengan anda di sini.
Comments
Post a Comment