Mesti Baca Kalau Tak Pernah Dengar Pasal Veve Broadband

Veve Broadband ialah internet fibre versi prepaid yang menggunakan "backbone" atau network dari iFiber.

Veve plan.

Berdasarkan gambarajah tersebut, sebagai contoh anda pilih Veve 100Mbps, First time installation anda perlu bayar RM150 untuk GPON (Global Passive Optical Network) modem, RM99 untuk router dan RM149 untuk langganan Veve 100Mbps.

Bulan-bulan seteeusnya anda hanya perlu bayar RM149.

Untuk pengetahuan anda, tiada kontrak 2 tahun untuk langgan Veve Broadband. Anda bayar bila nak gunakan je.

Kalau tak nak langgan, anda boleh berhenti bayar macam tu je.  Tiada penalty atau denda langgar kontrak.

Coverage Area

UUC (University Utama Condominium 1 hingga 7)

UCA (University Condo Apartment Phase 2)

CCA (Cyber City Apartment Phase 1 & 2)

UPC (University Prime Condominium)

UUC, UCA, CCA dan UPC terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Buat masa ni Veve Broadband cuma ada di Sabah je.

Kelebihan

Tiada kontrak 2 tahun. Inilah kelebihan Veve Broadband.

Kalau bajet anda nak guna internet fibre untuk 5 bulan je, maka Veve Broadband adalah pilihan yang terbaik buat masa ini.

Kekurangan

Pertama dari segi harga. Harga Unifi 100Mbps ialah RM129 tapi harga Veve 100Mbps ialah RM149. Kalau nak guna Veve selama 2 tahun, terpaksa bayar lebihan RM20 selama 24 bulan.

RM20 x 24 = RM480

Walaupun Unifi ada kontrak 2 tahun tapi tetap lebih jimat untuk jangka masa panjang berbanding Veve Broadband.

Kedua dari segi coverage. Coverage Veve Broadband terlalu rendah buat masa ni. Ini bermakna kalau ada orang di Semenanjung atau Sarawak yang berminat, tak boleh buat apa.

Orang Sabah di Kota Kinabalu pun bukan semua dapat langgan Veve Broadband. Apa lagi orang yang duduk di luar kawasan Kota Kinabalu?

Kelebihan Veve Broadband dari segi tiada kontrak agak menarik tapi disebabkan coverage masih rendah jadi tak ramai orang dapat langgan.


Kalau anda nak tahu info lanjut pasal Veve Broadband, sila lihat di sini.


P/S : Masih ingat pasal Veveonah?

Comments