Pengguna U Mobile Postpaid Yang Belum Langgan Internet Fibre MESTI Ambil Kesempatan Ini

Kalau anda pelanggan U Mobile Postpaid, anda perlu baca content ini.

U Mobile Fibre.

U Mobile menawarkan pakej internet Fibre pada harga diskaun sebanyak 50% untuk pengguna U Mobile Postpaid.

U Mobile Fibre Plan

U Mobile 100Mbps

U Mobile Fibre 100Mbps

Download/Upload Speed : 100Mbps

Harga Asal : RM129

Harga Pelanggan GX68 dan ke atas : RM64.50

U Mobile 500Mbps

U Mobile Fibre 500Mbps

Download / Upload Speed : 500Mbps

Harga Asal : RM199

Harga Pelanggan P79 dan ke atas : RM99.50

U Mobile 1Gbps

U Mobile Fibre 1Gbps

Download / Upload Speed : 1Gbps

Harga Asal : RM299

Harga Pelanggan P99 dan ke atas : RM149.50

Contract

Ketiga-tiga plan internet fibre dari U Mobile ada contract 2 tahun.

Promo

Harga promo bukan untuk semua pengguna U Mobile Postpaid. Kalau anda pelanggan GX50, anda tak dapat harga diskaun 50%.

Pelanggan GX68 hanya dapat diskaun 50% untuk U Mobile Fibre 100Mbps sahaja.  Kalau nak langgan U Mobile Fibre 500Mbps atau 1Gbps, ikut harga asal.

Pelanggan P79 dapat diskaun 50% untuk U Mobile Fibre 100Mbps atau 500Mbps. Kalau nak langgan U Mobile Fibre 1Gbps, ikut harga asal.

Pelanggan P99 dan P139 dapat diskaun 50% untuk U Mobile Fibre 100Mbps, 500Mbps dan 1Gbps.

Kalau anda tamatkan langganan U Mobile Postpaid, tiada lagi harga diskaun 50% U Mobile Fibre. Kalau anda nak langgan semula lepas tamatkan U Mobile Postpaid, anda tetap tak dapat diskaun 50% U Mobile Fibre.

Maknanya sepanjang contract 2 tahun, anda langsung tak boleh berhenti langgan U Mobile Postpaid kalau nak kekalkan harga diskaun 50% U Mobile Fibre.

Promo diskaun 50% untuk langganan U Mobile Fibre selama 24 bulan sahaja. Maknanya kalau anda terus langgan lepas 24 bulan contract, harga balik asal kecuali pihak U Mobile sendiri beritahu nak kekalkan harga diskaun.

Tarikh promosi dah mula sejak September 2021. Tarikh tamat masih belum diketahui masa saya buat content ini. Boleh call U Mobile 018-3881318 untuk info lebih lanjut.

Coverage

Kawasan liputan U Mobile Fibre sama dengan kawasan liputan City Broadband.

Kalau nak tahu lebih tepat boleh periksa di sini.

Check Coverage U Mobile Fibre.

Anda hanya perlu isi alamat anda di ruang kosong tersebut. Kemudian tekan 'Check Coverage'. Kemudian tunggulah jawapan pihak U Mobile.

Keputusan Anda?
Sekiranya anda bukan pelanggan U Mobile Postpaid, U Mobile Fibre bukan untuk anda kecuali anda sanggup langgan U Mobile Postpaid. Paling rendah anda mesti langgan Postpaid GX68 untuk dapatkan diskaun 50% U Mobile Fibre 100Mbps.

Saya bagi anggaran secara kasar ubtuk U Mobile Fibre 100Mbps.

Pelanggan Postpaid GX68,

RM68 + RM64.50 = RM132.50

Bukan Pelanggan Postpaid,

RM129.

Sebagai contoh, anda pelanggan prepaid Xpax RM35 tapi nak langgan U Mobile Fibre 100Mbps,

RM35 + RM129 = RM164

Bagaimana pula kalau anda pelanggan U Mobile Postpaid P79?

Anda boleh langgan U Mobile Fibre 100Mbps atau 500Mbps pada harga diskaun sebanyak 50%.

Saya bagi anggaran jika anda pilih U Mobile Fibre 500Mbps.

Pelanggan Postpaid P79,

RM79 + RM99.50 = RM178.50

Bukan Pelanggan Postpaid,

RM199

Sebagai contoh, anda pelanggan prepaid Xpax RM35 tapi nak langgan U Mobile Fibre 500Mbps,

RM35 + RM199 = RM234

Tak boleh jadi ni. Jauh beza harga kalau bukan pelanggan Postpaid U Mobile.

Kalau anda pelanggan U Mobile Postpaid P99?

Anda dapat diskaun 50% untuk U Mobile Fibre 100Mbps, 500Mbps dan 1Gbps.

Anggarannya seperti berikut..

Pelanggan Postpaid P99 @ 100Mbps

RM99 + RM64.50 = RM163.50

Pelanggan Postpaid P99 @ 500Mbps

RM99 + RM99.50  = RM198.50

Pelanggan Postpaid P99 @ 1Gbps

RM99 + RM149.50 = 248.50

Bukan Pelanggan Postpaid,

RM299

Sebagai contoh, anda pelanggan prepaid Xpax RM35 tapi nak langgan U Mobile Fibre 1Gbps,

RM35 + RM299 = RM334

Tak berbaloi langgan U Mobile Fibre kalau anda bukan pelanggan U Mobile Postpaid. Adakah ini kesimpulannya?

Kalau anda nak tahu, U Mobile Fibre menggunakan 'backbone' atau network Allo.

Allo ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet fibre City Broadband. Maknanya City Broadband dan U Mobile menggunakan infrastruktur yang sama.

Coverage untuk U Mobile Fibre sama dengan coverage untuk City Broadband. Di mana ada City Broadband, di situ ada U Mobile Fibre.

Sebab itulah download dan upload speed U Mobile Fibre symmetrical sama macam City Broadband.

Kalau download speed 1Gbps, upload speed pun 1Gbps juga.

Kalau dah gunakan 'backbone' yang sama, kenapa tak langgan City Broadband je?

Mari buat perbandingan harga antara City Broadband dan U Mobile Fibre

Harga City Broadband Plan Sebulan

100Mbps = RM99

500Mbps = RM139

1Gbps = RM199

Harga U Mobile Fibre Plan Sebulan (Promo)

100Mbps = RM64.50

400Mbps = RM99.50

1Gbps = RM149.50


Kalau anda bukan pelanggan U Mobile Postpaid, lebih baik anda pilih City Broadband.

Kalau anda pelanggan U Mobile Postpaid GX68 atau P79 atau P99, lebih baik anda pilih U Mobile Fibre.

Saya bagi lagi contoh..

Pelanggan prepaid telco Celcom, Digi, Maxis RM35 pilih City Broadband 1Gbps,

RM35 + RM199 = RM234

Pelanggan postpaid U Mobile P99 pilih City Broadband 1Gbps,

RM99 + RM199 = RM298

Pelanggan postpaid U Mobile P99 pilih U Mobile Fibre 1Gbps,

RM99 + RM149.50 = RM248.50

Semua harga U Mobile Fibre yang saya paparkan di sini tidak termasuk 6% SST. 

Kesimpulannya?

Barulah boleh buat kesimpulan.

Kalau anda bukan pelanggan U Mobile Postpaid tapi berada dalam coverage City Broadband, saya cadangkan anda pilih City Broadband je.

Kalau anda pelanggan postpaid U Mobile GX68, P79, P99 atau P139 dan berada dalam coverage City Broadband, saya  cadangkan anda pilih U Mobile Fibre. Lebih jimat dari City Broadband.

Nak tahu lebih lanjut pasal caj-caj tertentu atau nak terus daftar U Mobile Fibre boleh pergi ke sini.

Comments