Jangan Salah Guna Internet

Kita boleh gunakan internet untuk cari maklumat, cari kawan, beli produk, jual produk dan macam-macam lagi. Kalau sehari takde internet rasa tersiksa sebab dah terbiasa hari-hari ada internet.

Jangan salah guna internet
Jangan salah guna internet.

Masalahnya bila ada orang yang salah guna internet. Ada macam-macam jenis kesalahan pengunaan internet.

Contohnya penggodam (hacker) yang nak hack akaun email, media sosial dan lain-lain untuk dapatkan maklumat yang tak sepatutnya dia dapat. Kalau orang tu dah letak password maknanya dia tak nak orang lain tahu.

Kalau nak tahu juga, kena minta izin. Tanpa izin tapi masih nak hack juga itu namanya ceroboh hak milik orang lain. Walaupun tiada kehilangan harta benda si pemilik akaun email, social media dan seumpamanya tapi perbuatan ceroboh seperti itu tetap salah.

Lebih dahsyat bila ada hacker yang boleh hack akaun bank orang lain. Dari hacker boleh tukar jadi cracker.

Cracker lebih dahsyat dari hacker. Kerja cracker bukan setakat ceroboh sistem tapi nak ubah atau rosakkan sistem server, program atau software yang digodam.

Golongan hacker atau cracker terdiri daripada orang-orang bijak je. Orang tak pandai tak dapat jadi hacker/cracker sebab mesti expert dalam programming.

Ada juga orang salah guna internet untuk perkenalkan skim cepat kaya. Setiap tahun mesti ada berita mangsa scammer kena tipu duit beribu-ribu ringgit malah ada yang sampai berjuta-juta ringgit.

Selain itu ada juga peniaga online salah guna internet jual produk palsu. Produk tiruan harga murah tapi nak jual ikut harga original yang mahal.

Di antara kesalahan lain dalam menggunakan internet ialah mengumpat dan fitnah.

Sebelum ada internet, orang mengumpat dari rumah ke rumah. Bila dah ada internet, orang mengumpat di KL tapi satu dunia boleh tahu.

Mengumpat ialah beritahu keburukan individu tertentu kepada orang lain. Kalau perkara buruk yang diberitahu itu tidak benar, dah jadi fitnah.

Negara Malaysia ada undang-undang terhadap orang yang salah guna internet.

Ada Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan dan Akta Jenayah Komputer 1998 dan Enakmen Jenayah Syariah.

Sebagai orang Islam, saya nak kongsikan hadis berkenaan mengumpat dan fitnah.

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Adakah kamu tahu apa itu ghibah?”

Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui. 

Baginda berkata: “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya.”

Dikatakan: “Beritahu kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan?

Baginda berkata: “Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya.”

(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)


Oleh itu marilah kita jaga adab sama ada secara online atau offline.

Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.


Sumber

SKMM terima 17 aduan salah guna internet

Ghibah bawa keburukan


Comments