Dalam usaha Unifi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, Unifi komited untuk menyelesaikan gangguan perkidmatan anda dalam masa 24 jam daripada masa laporan anda diterima.
Jika Unifi gagal menyelesaikan masalah anda dalam masa yang 24 jam, rebat RM50 akan dikeluarkan dan boleh ditebus menerusi aplikasi myunifi dalam tempoh masa 30 hari.
Pengguna yang layak akan menerima notifikasi melalui SMS atau menerusi aplikasi myunifi.
Apakah syarat-syarat untuk dapat rebat RM50 dari Unifi?
➡️ Pelanggan Unifi Home atau Unifi Biz 100Mbps dan ke atas sahaja.
➡️ Tidak melibatkan kerosakan lain yang berkaitan Unifi seperti telefon, Unifi Lite, Unifi Mobile, Unifi Air, Ubifi TV dan Value Added Services (VAS).
➡️ Anda telah membuat aduan melalui saluran rasmi seperti berikut :
- Live Chat di unifi.com.my/chat
- Tweet @helpmeunifi
- Email ke help@tm.com.my
- Di TMpoint berhampiran anda.
➡️ Aduan dibuat sewaktu kerosakan / downtime yang menyebabkan anda tak dapat gunakan internet Unifi.
➡️ Tempoh pemulihan perkhidmatan lebih dari 24 jam dari masa aduan anda direkodkan dalam sistem TM.
➡️ Kerosakan / downtime disebabkan oleh :
- Kerja-kerja penyelenggaraan perkhidmatan oleh pihak TM.
- Masalah dari pihak ketiga contohnya kerja-kerja penyelenggaraan syarikat perkhidmatan telekomunikasi atau syarikat utiliti lain yang menyebabkan gangguan perkhidmatan internet Unifi.
- Kerosakan infrastruktur dilakukan oleh haiwan hingga menyebabkan perkhidmatan internet Unifi tergendala tidak termasuk Force Majeure*.
Info lanjut sepenuhnya berkenaan jaminan baik pulih 24 jam atau dapat rebat RM50 boleh lihat di sini.
*keadaan atau situasi kerosakan yang tak dapat dijangka contohnya berlaku gempa bumi, ribut taufan, banjir kilat, peperangan, letupan dan seumpamanya.
Comments
Post a Comment